MAGDEBURG: Dua maut apabila pesawat ringan dinaiki mereka terhempas di lebuh raya timur laut bandar Magdeburg, Jerman, awal petang semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik jurucakap polis.
Hasil siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada kenderaan sedang melalui lokasi di Lebuh Raya A2 ketika insiden yang berlaku antara bandar Burg dengan kawasan rehat Krahenberge.
Menurut polis, pesawat berkenaan terbakar selepas terhempas.
Polis dan pasukan kecemasan bergegas ke lokasi nahas, manakala laluan lebuh raya itu yang menghala ke Hanover ditutup kepada lalu lintas.








