TANJUNG MALIM – Seorang wanita maut manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam sebuah kereta jenis Honda City.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seorang lagi wanita berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi."Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.48 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City yang melanggar penghadang jalan."Terdapat tiga mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Seorang mangsa wanita dan kanak-kanak didapati tersepit di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa wanita berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit."Kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis."Operasi menyelamat berjaya dikawal pada jam 9.40 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.46 pagi," katanya.
Wanita maut kereta terbabas langgar penghadang lebuh raya

Key takeaways
Seorang wanita maut dan seorang kanak-kanak cedera selepas kereta mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di PLUS.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 388 Lebuhraya Utara-Selatan pada Sabtu pagi.
- Tiga mangsa tersepit di dalam kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan.
- Wanita berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Dua maut dirempuh kereta terbabas
- Berita Harian 2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
- Utusan Malaysia Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas
- Sinar Harian Wanita maut kereta terbabas langgar penghadang lebuh raya (this story)








