Kuala Lumpur: Kemenangan Abdul El-Sayed dalam pemilihan Senat Amerika Syarikat (AS) di Michigan bukan sekadar kejayaan seorang calon Muslim, sebaliknya mencerminkan perubahan landskap politik yang membuka ruang kepada kepimpinan lebih inklusif dalam dunia multipolar, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, kejayaan El-Sayed menewaskan calon Republikan Mike Rogers, berdasarkan unjuran keputusan yang dilaporkan pada 4 November lepas, membuktikan bahawa calon daripada kelompok minoriti mampu membina kepercayaan dalam masyarakat majmuk meskipun berdepan sentimen politik berasaskan agama.
"Jika kita meraikannya semata-mata sebagai 'kemenangan orang Islam', kita mungkin terlepas sebuah pelajaran politik yang lebih besar," katanya dalam satu analisis bertajuk 'El-Sayed dan Politik Masa Depan Dunia Multipolar'.









