LONDON: Roberto De Zerbi percaya Tottenham Hotspur sedang membina sesuatu yang istimewa, namun pengendali dari Itali itu enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi selepas pasukannya mengharungi permulaan musim yang sukar.

Tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Tottenham bangkit dari kedudukan tercorot liga ke tangga kesembilan menjelang kunjungan ke Leeds United, malam ini.

Kemenangan di Elland Road berpotensi melonjakkan Tottenham ke kelompok pasukan yang berada dalam zon kelayakan ke saingan Eropah.

Bagaimanapun, De Zerbi mengingatkan anak buahnya supaya tidak melupakan kesukaran yang dilalui sebelum ini bagi memastikan mereka terus fokus menghadapi cabaran mendatang.