Kuala Lumpur: Sektor pertanian negara perlu terus dipacu ke arah pemodenan serta kecekapan pengeluaran bagi memastikan keterjaminan makanan terus kukuh dalam mendepani cabaran semasa, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata Malaysia wajar mengambil iktibar daripada kejayaan sektor pertanian negara luar seperti Brazil, yang berjaya melonjakkan hasil pertanian khususnya jagung sehingga mengatasi Amerika Syarikat melalui pendekatan jaminan pasaran berbanding kebergantungan kepada subsidi semata-mata.
Menceritakan pengalaman bertemu rakan sejawatannya dari negara itu, Mohamad berkata rahsia kejayaan Brazil bertunjangkan kepada dasar tidak memberi subsidi kepada petani, sebaliknya kerajaan memberi jaminan pembelian bagi hasil yang tidak terjual di pasaran.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353553453543_961863.png&w=480&output=webp&q=85&we)