Kuala Lumpur: Premis penyembelihan dan pemprosesan ayam di sekitar Pudu, di sini, yang disita didakwa masih beroperasi secara haram.

Perkara itu didedahkan orang awam menerusi rakaman video yang tular di media sosial.

"Premis ini sudah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi masih beroperasi setiap hari.

"Baik tidak payah tampal notis penutupan premis makanan," katanya yang menggunakan nama 'Abeoabe'.