LONDON: Pengendali Aston Villa, Unai Emery mengesahkan sedang mengadakan rundingan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berhubung tawaran kontrak baharu bagi memastikan khidmatnya terus kekal di Villa Park.
Villa sebelum ini mengumumkan bahawa perbincangan sudah diadakan bagi merangka hala tuju jangka panjang kelab selepas 2029, tahun kontrak semasa Emery dijadual berakhir.
Pengendali dari Sepanyol itu sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain termasuk Manchester United yang bakal menjadi lawan Villa, awal pagi Isnin ini.
Bagaimanapun, perkembangan terbaharu memberi petunjuk Emery bersedia meneruskan projek pembangunan bersama Villa selepas mengadakan pertemuan dengan pengerusi kelab, Nassef Sawiris.









