Kuala Lumpur: PAS menggesa kerajaan memberi penjelasan tuntas mengenai kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang diperoleh hampir dua bulan lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU-JPM) pada 18 September lalu menyatakan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 memutuskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Menurutnya, pengampunan itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.