PETALING JAYA: Kehebatan S. Sivasangari sebagai antara pencabar utama dalam skuasy wanita dunia mendapat pengiktirafan juara dunia, Amina Orfi, meskipun pemain kebangsaan itu terpaksa akur selepas terkandas di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), kelmarin.
Orfi yang juga pemain No.1 dunia membuktikan keunggulannya apabila menewaskan Sivasangari 11-8, 11-1, 11-8 dalam tempoh 43 minit di Philadelphia, sekali gus mencatat kemenangan kesembilan daripada 12 pertemuan mereka.
Pemain Mesir berusia 19 tahun itu mengakui sudah menjangkakan tentangan sengit daripada Sivasangari, terutama selepas dua kali tewas kepada Sivasangari sepanjang tahun ini
“Saya membuat persiapan dengan baik kerana tahu Sivasangari akan turun dengan keyakinan tinggi, lebih-lebih lagi selepas menjadi pemain pertama dalam skuasy wanita yang layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.










