Nairobi: Sebuah mahkamah di Kenya pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 200 tahun terhadap pemimpin kultus kontroversi Paul Mackenzie berhubung kematian 191 orang, termasuk 190 kanak-kanak, dalam tragedi amalan berpuasa secara ekstrem yang mengejutkan negara Afrika Timur itu, lapor Anadolu Ajansi.
"Hukuman akan dijalani secara berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara terhadap tertuduh Mackenzie selama 200 tahun," kata Hakim Diana Kavedza Mochache ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi di bandar pesisir Mombasa.
Mackenzie, bekas mubaligh yang mengetuai Gereja Good News International, dijatuhi hukuman penjara 100 tahun berhubung kematian 190 kanak-kanak dan 100 tahun lagi bagi kematian seorang mangsa dewasa.









