Mahkamah Rayuan menggunakan kuasa di bawah Seksyen 60(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menambah hukuman penjara sekalipun pendakwaan tidak memfailkan rayuan balas.PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah menengah berusia 47 tahun ditambah hukuman penjara dari empat tahun kepada 12 tahun selepas gagal dalam rayuan terhadap sabitan kerana menyerang seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun secara seksual.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Azman Abdullah turut menaikkan hukuman dua sebatan terhadapnya, kepada tiga sebatan.

Azman yang bersidang bersama Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Hakim K Muniandy berkata, mahkamah menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 60(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menaikkan hukuman itu walaupun pendakwaan tidak memfailkan rayuan balas.