MANIFESTO Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilancarkan semalam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang menawarkan 20 komitmen utama untuk rakyat, boleh disifatkan sebagai 'game changer' dalam memperjuangkan kebajikan pengundi di negeri ini.

Berdasarkan tawaran itu, ia diyakini mampu mengubah kehidupan kira-kira 687,697 pengundi di Melaka melalui komitmen yang bukan sahaja berdaya saing untuk pembangunan Melaka, malah bersifat mesra rakyat.

Antara perkara baharu ditawarkan yang dekat dengan keperluan rakyat sudah tentu membabitkan pemberian air percuma bagi penggunaan domestik di bawah 20 meter padu sebulan, potongan 30 peratus ayam dan daging melalui program Jualan MeSRA.