BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bersetuju memperkenalkan had kekal bagi kandungan toksin 'cereulide' dalam susu formula bayi, susulan skandal membabitkan makanan bayi yang tercemar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sejak Disember 2025, susu tepung bayi yang dihasil menggunakan minyak asid arakidonik tercemar yang diimport dari China, dikesan di beberapa negara Eropah dan mencetuskan penarikan balik produk terbabit secara besar-besaran.
'Cereulide' ialah toksin dihasilkan bakteria serta boleh menyebabkan loya secara tiba-tiba, muntah dan sakit perut dalam tempoh 30 minit hingga enam jam selepas pengambilan.
Menurut Suruhanjaya Eropah, 'kehadiran toksin itu dalam produk makanan berpunca daripada kelemahan dalam proses pengeluaran'.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F12%2F0101225c7a1b08e12f5fc11c0ae94841.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
