Brussels: Kesatuan Eropah (EU) bersetuju memperkenalkan had kekal bagi kandungan toksin 'cereulide' dalam susu formula bayi susulan skandal membabitkan makanan bayi yang tercemar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mulai Disember 2025, susu tepung bayi yang dihasilkan menggunakan minyak asid arakidonik tercemar yang diimport dari China dikesan di beberapa negara Eropah dan mencetuskan penarikan balik produk secara besar-besaran.
'cereulide' ialah toksin yang dihasilkan oleh bakteria dan boleh menyebabkan loya secara tiba-tiba, muntah serta sakit perut dalam tempoh 30 minit hingga enam jam selepas pengambilan.
Menurut Suruhanjaya Eropah, "kehadiran toksin itu dalam produk makanan berpunca daripada kelemahan dalam proses pengeluaran."









