Kuala Lumpur: Masalah berat badan berlebihan dan obesiti pada usia muda dikenal pasti antara faktor utama peningkatan risiko diabetes jenis 2 dalam kalangan kanak-kanak dan remaja seawal usia 14 tahun.

Pensyarah dan Pakar Perunding Pediatrik Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan dan Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Noor Shafina Mohd Nor berkata, amalan gaya hidup tidak sihat termasuk pengambilan makanan tinggi kalori, gula dan lemak secara berlebihan serta minuman manis menjadi antara penyumbang utama kepada trend berkenaan.

Menurutnya, gaya hidup tidak aktif, kurang melakukan aktiviti fizikal serta peningkatan masa di hadapan skrin dalam era digital turut menyumbang kepada masalah obesiti, sekali gus meningkatkan risiko diabetes jenis 2.