KUALA LUMPUR: Sebanyak 697 unit retatrutide atau ubat penurunan berat badan yang masih dalam peringkat kajian dan belum berdaftar di Malaysia, dirampas Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi 12 operasi serbuan dari 2025 hingga September lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata rampasan itu membabitkan nilai keseluruhan RM341,000.
"Ia (retatrutide) masih belum ada (disenaraikan) dalam formulari KKM," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) yang meminta penjelasan mengenai isu produk GLP-1 yang mendapat perhatian susulan promosi meluas oleh pempengaruh di TikTok, selain penjualannya secara dalam talian tanpa kawalan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2Fe2d1fba86c7f4f8502998136fc91f1c7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
