KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa memperluas siasatan bagi menjejaki sumber dan rangkaian pembekal dadah yang kini dikesan menggunakan pelbagai saluran untuk menyalurkan bahan terlarang itu termasuk kepada pelajar sekolah.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo, berkata siasatan tidak seharusnya terhenti setakat mengenal pasti pelajar yang memiliki atau menggunakan bahan berkenaan, sebaliknya perlu turut meneliti sumber kewangan dan pihak yang membekalkannya.

"Siasatan dilakukan pihak berkuasa tidak seharusnya terhenti sama ada pelajar memiliki bahan itu tetapi juga perlu menjejaki wang diperoleh dan pembekalnya.

"Ini termasuk persoalan sama ada ada pihak yang memberikan dadah berkenaan secara percuma atau memujuk pelajar untuk mencubanya," katanya.