KLANG: Panglima Briged Kesebelas Infantri Kem Sungai Buloh, Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Safwan @ Asri Ismail mendahului 19 penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua dan Kelas Ketiga sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada istiadat hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada lapan individu termasuk Safwan.

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye, Ahmad Amiri Abu Bakar; Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional, Laksamana Muda Dr Najhan Md Said; bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.