KUALA LUMPUR: Penantian tujuh tahun peminat untuk menyaksikan penyanyi dan komposer antarabangsa, Jason Mraz, kembali beraksi di Malaysia akhirnya terubat apabila bintang kelahiran Amerika Syarikat itu menghiburkan kira-kira 8,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, pada 31 Oktober lalu.

Ditemani pancaran cahaya projektor yang menyinari ruang udara stadium, suasana konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur berlangsung meriah dengan sorakan peminat yang tidak sabar menyaksikan persembahan idola mereka.

Dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan Zues Event, konsert yang bermula kira-kira jam 8.15 malam itu menyaksikan Jason Mraz menyampaikan 20 lagu yang sarat dengan kisah percintaan, persahabatan serta mesej positif mengenai kehidupan.