Florida: Charlie Woods secara rasmi mengesahkan komitmen untuk menyertai pasukan golf lelaki Universiti Florida State selepas menandatangani dokumen pada majlis hari menandatangani kontrak kebangsaan di The Benjamin School, Jumaat lalu.
Charlie, 17, sebelum ini memberikan komitmen secara lisan kepada universiti berkenaan pada Februari lalu sebelum melengkapkan proses rasmi pada majlis berkenaan.
Pada majlis itu, dia tampil mengenakan topi putih pasukan Seminoles, manakala bapanya yang juga legenda golf dunia dan juara 15 kejohanan utama, Tiger Woods, memakai baju-T Florida State sebagai tanda sokongan.
Majlis berkenaan berlangsung di The Benjamin School, sebuah institusi pendidikan swasta di Palm Beach Gardens, Florida.








