Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara sesak dilaporkan pada pagi hari ini apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Deepavali esok.
Kesesakan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur, susulan pertambahan jumlah kenderaan.
Kemas kini PLUS menerusi platform X mendapati trafik sesak di beberapa laluan arah utara Lebuhraya Utara-Selatan termasuk dari Permatang Pauh ke Sungai Dua, Pulau Pinang dan Machap ke Ayer Hitam, Johor.
Kesesakan turut dilaporkan di Kilometer (KM) 252.9 arah utara dari Pedas Linggi ke Senawang susulan kemalangan pada 10.52 pagi hari ini.









