PETALING JAYA – Kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang dilakukan awal pagi mengundang rasa tidak puas hati pengguna Lebuh raya Persekutuan apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa geram terhadap kerja selenggara jalan yang dikatakan mengganggu kelancaran perjalanan orang ramai.
Pengguna berkenaan turut mempersoalkan mengapa kerja-kerja itu tidak dilakukan ketika jalan kurang digunakan, sebelum menghentikannya apabila orang rama









