Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada minggu lalu.

"Dia adalah kader polis ke AKPS. IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail) dah jelaskan.

"Jadi kita, kembalikan dia pulang kepada pasukan polis dan pihak polis akan menyusullah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.