Sepang: Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin mahu anak didiknya, Hakim Danish Ramli membawa aura kemenangan Grand Prix (GP) Republik Czech ke halaman sendiri pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bermula esok hingga Ahad ini.

Zulfahmi yang juga bekas pelumba negara berkata, Hakim Danish perlu memanfaatkan sepenuhnya sokongan padu penyokong tuan rumah untuk memburu keputusan terbaik pada perlumbaan di hadapan penyokong sendiri.

"Beraksi di laman sendiri sudah tentu memberikan motivasi tambahan buat Hakim Danish. Dia tahu sokongan yang bakal diterima daripada peminat Malaysia amat besar dan kami berharap dia dapat menggunakan sokongan itu sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik sepanjang hujung minggu ini.