Kejadian tanah runtuh di Batu 32, Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley, Rawang, menyebabkan laluan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan dari kedua-dua arah.
Key takeaways
Tanah runtuh di Batu 32, Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley, Rawang menyebabkan jalan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan dari kedua-dua arah. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam Khamis lalu tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
- Penutupan jalan dilaksanakan kerana runtuhan akibat kegagalan cerun atas dan bawah menjejaskan struktur jalan.
- Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh tersebut.
- Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Kejadian tanah runtuh di Batu 32, Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley, Rawang, menyebabkan laluan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan dari kedua-dua arah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam Khamis lalu.
Katanya, pemeriksaan awal polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Batu Arang mendapati runtuhan berlaku akibat kegagalan cerun atas dan bawah sehingga menjejaskan sebahagian struktur jalan.
“Pihak bomba memaklumkan satu laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui dan penutupan jalan dilaksanakan bagi kedua-dua arah.