Keadaan runtuhan tanah yang menyebabkan Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley di Rawang ditutup kepada lalu lintas kedua-dua arah. (Gambar PDRM)PETALING JAYA: Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley di Rawang ditutup kepada lalu lintas kedua-dua arah susulan tanah runtuh.

Ketua Polis Gombak, Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 11 malam Khamis lalu.

"Runtuhan tanah berlaku berikutan kegagalan cerun atas dan bawah serta sebahagian struktur jalan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Batu Arang mendapati keadaan laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui.