LONDON: Bintang Real Madrid, Jude Bellingham berjaya merealisasikan impiannya untuk beraksi bersama adiknya, Jobe Bellingham dalam skuad England selepas pemain tengah Borussia Dortmund itu menerima panggilan pertama bagi menghadapi aksi Liga Negara-Negara menentang Croatia dan Sepanyol.
Jobe, 21, antara muka baharu yang disenaraikan pengendali England, Thomas Tuchel selepas menunjukkan perkembangan positif bersama Dortmund dan skuad bawah 21 tahun negara itu.
Tuchel mendedahkan Jude beberapa kali meminta beliau memberikan perhatian kepada kemampuan adiknya sebelum keputusan membawa Jobe ke skuad senior dibuat.
"Kami bercakap mengenai adiknya kerana saya tahu ia memang impian Jude.









