Wakil Demokrat Abdul El-Sayed memeluk isterinya, Dr Sarah Jukaku, di atas pentas di Detroit, Michigan, selepas menang pemilihan. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Abdul El-Sayed menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke Senat Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan bekas wakil Republikan Mike Rogers dalam pemilihan yang menjadi tumpuan di Michigan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Bernama melaporkan bekas pegawai kesihatan awam itu mewakili Demokrat untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh Senator Gary Peters yang akan bersara.

Kemenangan bersejarah susulan kempen yang dipenuhi tuduhan kontroversi seperti ekstremisme itu membolehkan parti Demokrat mengekalkan kerusi penting yang disandangnya, menurut unjuran oleh media AS.