PUTRAJAYA: Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful sepatutnya kekal menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada 2019.

Dalam keputusan minoriti, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, berpendapat rayuan Syed Shah Iqmal, 31, terhadap sabitan dan hukuman itu tidak bermerit serta wajar ditolak.

"Tiada kekhilafan undang-undang atau fakta dilakukan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan perayu atas kesalahan berkenaan.

"Keterangan mangsa (SP1) adalah kredibel dan diterima oleh kedua-dua mahkamah terdahulu selepas penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan," katanya ketika membacakan keputusan itu.