SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tidak mahu mengulas spekulasi beliau akan digantikan dengan Datuk Seri Jalaluddin Alias selaku peneraju pentadbiran negeri.
Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh menegaskan hingga kini beliau masih berkhidmat sebagai Menteri Besar dan tidak timbul isu akan berundur daripada jawatan berkenaan.
"Setakat hari ini saya masih Menteri Besar," katanya ringkas selepas hadir Karnival Bazar Deepavali Little India, di sini, malam tadi.
Ismail mengulas dakwaan mengaitkan Jalaluddin yang juga ADUN Pertang dengan jawatan tertinggi kerajaan negeri itu.









