'Itu saya tak tahu. Setakat ini, saya yang Menteri Besar.'
Key takeaways
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, menyatakan beliau masih mengetuai kerajaan negeri dan tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai dakwaan penggantian beliau.
- Ismail Lasim menegaskan beliau masih menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.
- Beliau tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai dakwaan penggantian beliau.
- Ismail menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatannya dan menyatakan mendapat sokongan 24 ADUN BN.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN: ‘Itu saya tak tahu. Setakat ini, saya yang Menteri Besar.’
Demikian respons Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang bakal menggantikannya menerajui kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Bazar Deepavali Little India Seremban, di sini, semalam.
Ismail menegaskan beliau tidak mengetahui sebarang perkembangan berhubung dakwaan berkenaan dan masih menyandang jawatan Menteri Besar ketika ini.