KLUANG: Seorang lelaki warga emas serta anak perempuannya maut sekelas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di kilometer 67, Jalan Kluang – Kota Tinggi berhampiran Ladang Sindora, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kemalangan yang dilaporkan berlaku pada pukul 3.38 petang itu turut mengakibatkan isteri dan seorang lagi anak perempuannya cedera.
“Mangsa maut dikenal pasti sebagai Musa Md. Jais, 72, yang memandu kereta jenis Proton Ertiga, dan anaknya, Nur Alesya Musa, 6. Manakala isterinya yang berusia 54 dan seorang lagi anak mereka yang berusia 28 cedera.
“Sementara itu, pemandu Honda Civic yang berusia 23 tahun cedera di bahagian kaki, manakala kakak serta abang iparnya dan seorang lagi kanak-kanak selamat,” katanya dalam kenyataan, di sini.







