KULAI - Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian, melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan Mazda itu kira-kira jam 2.30 petang.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Mazda dipandu mangsa, wanita berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 69 tahun, dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan."Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu kereta Mazda, yang disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, manakala ibunya pula meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah."Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vios, lelaki berusia 30 tahun hanya mengalami cedera ringan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Seng Lee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau hubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim menerusi nombor 017-7573507 bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama
Ibu, anak perempuan maut kemalangan

Key takeaways
Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai semalam.
- Kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dan Mazda yang menyebabkan dua kematian.
- Pemandu kereta Mazda, seorang wanita 30 tahun dan ibunya 69 tahun, meninggal dunia.
- Pemandu kereta Toyota Vios hanya cedera ringan, dan siasatan sedang dijalankan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ibu, anak perempuan maut kemalangan (this story)
- Utusan Malaysia Suami isteri maut, anak parah kemalangan di JRTB
- Utusan Malaysia Bapa dan anak maut kemalangan, tiga lagi cedera








