SHAH ALAM – Kawalan ketat pintu pagar sekolah bukan jaminan pelajar bebas daripada ancaman dadah apabila bahan terlarang itu kini dipercayai boleh diperoleh menerusi pembelian dalam talian sebelum dihantar terus ke rumah menggunakan perkhidmatan pos.Situasi itu membuktikan usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar tidak boleh hanya tertumpu kepada kawalan disiplin dan pemeriksaan di kawasan sekolah, sebaliknya perlu diperluas kepada kegiatan pembekalan serta pengedaran bahan terlarang menerusi platform digital.Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Negeri Pahang, Daniel Khoo berkata, kejadian membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan yang disyaki menghisap vape berunsur dadah perlu dilihat sebagai petunjuk kepada kemungkinan wujudnya saluran pengedaran lebih luas.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Kebangsaan Skuad Sahabat JPJ (SSJ) berkata, siasatan tidak seharusnya terhenti kepada pelajar yang memiliki atau menggunakan bahan berkenaan, sebaliknya perlu mengenal pasti sumber bekalan dan pihak yang bertanggungjawab membekalkannya.Menurutnya, tindakan disiplin terhadap pelajar terlibat sahaja tidak mencukupi sekiranya punca sebenar bahan berbahaya itu diperoleh masih tidak dikenal pasti."Ini bukan soal menyalahkan pihak sekolah semata-mata. Kita perlu tahu bagaimana bahan berbahaya ini boleh sampai ke tangan pelajar dan mengapa mereka begitu mudah terpengaruh untuk mencubanya."Jika ada pihak yang membekalkan secara percuma atau memujuk pelajar menggunakan bahan berkenaan, perkara itu perlu disiasat sehingga ke puncanya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mengulas kejadian di Nilai itu, seorang pelajar dilaporkan hilang kesedaran dan mengalami kekeliruan sehingga videonya tular di media sosial.Siasatan polis mendapati pelajar berkenaan disyaki menghisap vape dan ujian saringan air kencing awal dilaporkan positif bagi tiga jenis dadah, namun keputusan pengesahan makmal masih ditunggu.Polis turut menahan dua pemuda masing-masing berusia 17 dan 18 tahun yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembekalan vape berkenaan. Seorang daripada mereka masih bersekolah, manakala seorang lagi tidak lagi bersekolah.Vape berunsur dadah itu dipercayai dibeli menerusi media sosial sebelum dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan pos dan diserahkan kepada pelajar lain.Polis juga difahamkan sedang mengesan pembekal utama bahan berkenaan.Daniel berkata, pihak sekolah sememangnya mempunyai tanggungjawab memantau kemasukan individu dan barangan mencurigakan serta mengenal pasti perubahan tingkah laku pelajar.Bagaimanapun, katanya, kemampuan sekolah mempunyai batasan kerana pihak pengurusan tidak dapat mengawal sepenuhnya pergaulan, aktiviti dan persekitaran pelajar selepas waktu persekolahan.Justeru, beliau berpandangan pendekatan pencegahan perlu merangkumi pendidikan kemahiran menolak pengaruh negatif, termasuk membimbing pelajar mengenal pasti risiko serta mendapatk
Siasat vape dadah tembusi sekolah, bungkusan pos jadi laluan - NGO

Key takeaways
Sekolah tidak dapat menghalang pelajar daripada mendapat dadah melalui pembelian dalam talian dan penghantaran pos.
- Dadah boleh diperoleh melalui pembelian dalam talian dan dihantar ke rumah pelajar.
- Siasatan perlu fokus kepada sumber dan pihak yang bekalkan dadah kepada pelajar.
- Tindakan disiplin sahaja tidak mencukupi jika punca dadah tidak dikenal pasti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian 2 remaja ditahan bekal vape campur dadah kepada pelajar
- Sinar Harian Siasat vape dadah tembusi sekolah, bungkusan pos jadi laluan - NGO (this story)









