KUALA SELANGOR: Kegiatan sebuah premis memproses barangan kitar semula elektronik secara haram di Jalan Makmur, Kampung Parit Mahang, di sini, terbongkar selepas diserbu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Dalam operasi bersepadu selama empat jam bermula jam 9 pagi kelmarin, dua trak angkat (forklift) bersama pelbagai peralatan pemprosesan dan mesin yang digunakan dalam aktiviti terbabit turut disita.
MPKS dalam kenyataan memaklumkan, operasi membabitkan 38 anggota MPKS, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Selangor.
"Premis itu melakukan kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, membuka pejabat urusan tanpa kebenaran serta menyalahgunakan premis sebagai rumah tumpangan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.








