Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November depan menyaksikan persaingan bukan sekadar antara parti politik, tetapi juga antara tiga pendekatan berbeza terhadap pembangunan dan pentadbiran negeri. Manifesto Barisan Nasional–Perikatan Nasional (BN–PN), Pakatan Harapan (PH) dan BERSAMA memperlihatkan perbezaan ketara dari segi keluasan agenda, ketelitian perancangan serta kemampuan menterjemahkan janji pilihan raya kepada dasar kerajaan.

Dalam bidang sains politik, manifesto bukan sekadar instrumen komunikasi politik, tetapi dokumen komitmen yang membolehkan pengundi menilai keupayaan sesebuah parti membentuk kerajaan. Kajian Thomson dan rakan-rakan (2017) menunjukkan bahawa pemenuhan janji pilihan raya berkait rapat dengan penyertaan parti dalam kerajaan serta kedudukannya dalam perkongsian kuasa. Justeru, manifesto perlu dinilai berdasarkan kejelasan sasaran, kemampuan kewangan, tempoh pelaksanaan dan kebolehlaksanaan politik.