KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan memberikan penjelasan tuntas mengenai kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM), pada 18 September lalu menyatakan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-64 memutuskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata, ia dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.









