PETALING JAYA: Selangor FC akan menurunkan barisan terkuat dalam ksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC esok bagi memastikan tiket final Piala FA menjadi milik Gergasi Merah.

Bagaimanapun, pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon mengakui aksi di Stadium Taha Ariffin bukan tugas mudah kerana tuan rumah pastinya memasang impian yang sama, lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.

Menurut Pan Gon, Gergasi Merah akan turun dengan semangat juang tinggi dan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu percaya barisan pemainnya sudah bersedia untuk merealisasikan sasaran ke pentas final.

“Kami tahu ia satu perlawanan yang sangat sukar. Namun, kami mempunyai semangat dan keinginan untuk mara ke final. Pemain juga mempunyai semangat yang tinggi. Bagi saya, semangat dan keinginan itu sangat penting.