BANDAR GAZA: Pertahanan Awam Gaza memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang boleh mengancam keselamatan rakyat Palestin yang kini berlindung di dalam khemah serta tempat perlindungan sementara di wilayah Palestin.

Keselamatan itu akan menjejaskan kira-kira 950,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel tetapi berlindung di lokasi yang terdedah kepada risiko banjir.

Lebih 400,000 daripada mereka berisiko tinggi berdepan dengan banjir, menurut angka yang dipetik Anadolu.

Kira-kira 44,000 rakyat Palestin lagi berlindung di lebih 2,300 bangunan yang tidak selamat dari segi struktur, manakala 294,250 keluarga memerlukan bantuan tempat perlindungan menjelang musim hujan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).