Lahad Datu: Bermodalkan tiket loteri dan cek palsu, sekumpulan lelaki warga Indonesia dikesan aktif memperdaya wanita warga emas sebelum melarikan wang tunai serta barang kemas milik mangsa.
Suspek menggunakan helah kononnya memenangi hadiah utama loteri dan meminta bantuan mangsa untuk menebus wang kemenangan berkenaan.
Dalam kegiatan itu, suspek akan mendekati mangsa berpura-pura berkenalan sebelum menunjukkan tiket loteri serta cek disyaki palsu bagi meyakinkan mangsa.
Mangsa kemudian dibawa menaiki kereta menuju ke kedai loteri berhampiran sebelum diminta menyerahkan wang tunai atau barang kemas sebagai jaminan.









