Brussels: Pejabat Pendakwa Raya Eropah (EPPO) memaklumkan pada Jumaat pihaknya membuka siasatan kedua berhubung dakwaan penipuan membabitkan dana Kesatuan Eropah (EU) bagi projek landasan kereta api berkelajuan tinggi Madrid-Seville di Sepanyol, susulan nahas maut bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi.
Siasatan terbaharu itu membabitkan pembiayaan bagi kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan sistem keselamatan, isyarat serta komunikasi di sepanjang laluan berkenaan.
Langkah penyiasatan sedang dijalankan membabitkan pengendali infrastruktur kereta api ADIF, Agensi Keselamatan Kereta Api Negara dan Mahkamah Audit Sepanyol, menurut pejabat pendakwa raya itu.
Pejabat berkenaan memaklumkan yang pihaknya mengesahkan siasatan itu susulan kepentingan awam yang tinggi, namun tidak akan mendedahkan maklumat lanjut pada peringkat ini.










