Masjid Tanah: Melaka menyalurkan peruntukan lebih RM3 juta kepada masyarakat India dan Cina menerusi pelbagai bentuk bantuan sepanjang tempoh tiga tahun lalu, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mengabaikan kebajikan kedua-dua komuniti itu, sebaliknya pelbagai inisiatif dan bantuan terus dilaksanakan dan bukannya hanya menjelang musim pilihan raya.
Beliau berkata, sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri sudah menyalurkan lebih RM3 juta kepada masyarakat India dan Cina menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk sumbangan perayaan dan kebajikan.








