Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,252 orang membabitkan 335 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak, setakat jam 7.30 pagi ini.

Ia sekali gus menjadikan Perak negeri terbaharu yang dilaporkan dilanda banjir dengan pembukaan PPS, semalam.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka itu membabitkan 335 lelaki dewasa termasuk 34 warga emas, 356 wanita dewasa termasuk 35 warga emas, 263 kanak-kanak lelaki, 268 kanak-kanak perempuan serta masing-masing 15 bayi lelaki dan perempuan.

Menurutnya, Selangor merekodkan 1,140 mangsa banjir daripada 300 keluarga yang kini ditempatkan di lapan PPS membabitkan tiga daerah.