WASHINGTON: Syarikat utama milik bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk, iaitu SpaceX dan Tesla, secara bersama telah kerugian lebih AS$420 bilion sejak pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan CNBC, kelmarin.

Kerugian itu berpunca daripada penjualan besar-besaran saham teknologi berikutan kebimbangan pelabur terhadap penelitian lebih ketat ke atas syarikat-syarikat milik Musk, termasuk melalui siasatan Kongres dan kawal selia lebih ketat.

Menurut laporan itu, ia susulan kemenangan Parti Demokrat pada pilihan raya berkenaan.

Kekayaan bilionair itu dilaporkan merosot ke bawah paras AS$800 bilion berbanding AS$1 trilion pada Jun lalu, namun beliau kekal sebagai individu terkaya di dunia.