LOGO halal bukan sekadar tanda pada bungkusan produk, sebaliknya menjadi asas kepercayaan pengguna, khususnya masyarakat Islam, terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kewujudannya memberikan keyakinan produk berkenaan memenuhi keperluan halal yang ditetapkan.

Namun, di sebalik kepercayaan itu, timbul persoalan lebih besar wajar

diberikan perhatian, siapakah memastikan integriti halal terus terpelihara selepas sijil dikeluarkan.

Persoalan ini penting kerana pensijilan halal bukan jaminan boleh dipisahkan daripada operasi harian sesebuah syarikat. Kilang mungkin memenuhi semua keperluan ketika proses pensijilan tetapi keadaan operasi sentiasa berubah mengikut keperluan perniagaan.