ESOK, masyarakat Hindu di seluruh negara menyambut Deepavali, perayaan membawa cahaya, kegembiraan dan harapan baharu.
Cahaya pelita menghiasi kediaman bukan sekadar lambang kemeriahan, sebaliknya mengingatkan kepada nilai kebaikan mengatasi kejahatan, cahaya menghapuskan kegelapan dan menjadi harapan mengatasi kesulitan hidup.
Di sebalik keindahan sambutan, Deepavali membuka ruang untuk merenung masa depan, kekuatan dan perpaduan komuniti India di negara ini.
Perayaan ini bukan sekadar diraikan dengan pakaian baharu, juadah tradisional dan kunjungan sanak-saudara, tetapi turut membawa nilai kemanusiaan mengajak masyarakat memperbaharui tekad, mempererat hubungan dan membina kehidupan lebih baik.









