SAO PAULO: Juara dunia Formula Satu (F1), Kimi Antonelli mempamerkan kehebatan apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua (FP2) Grand Prix Sao Paulo di Interlagos, awal pagi tadi.

Pemandu Mercedes itu merekodkan masa satu minit 10.763 saat (s) dalam keadaan litar kering tetapi lembap untuk mengatasi pemandu McLaren, Lando Norris yang ketinggalan 0.253s.

Juara dunia empat kali dari Red Bull, Max Verstappen pula menduduki tempat ketiga dengan catatan 0.259s di belakang Antonelli.

Antonelli yang mengesahkan kejuaraan dunia menerusi kedudukan ketiga di Mexico minggu lalu, turut menamatkan sesi latihan bebas pertama (FP1) di tempat kedua di belakang Norris.