Zahid Hamidi berkata Ab Rauf Yusoh akan dicadangkan untuk terus menjadi ketua menteri sekiranya gabungan itu menang PRN Melaka.ALOR GAJAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Ab Rauf Yusoh tidak menganggap peluang untuk terus menjadi ketua menteri sebagai 'habuan politik', sebaliknya menegaskan keutamaannya kini memastikan gabungan itu memenangi PRN, 14 Nov depan.

Rauf berkata, tumpuannya ketika ini untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi bagi membolehkan BN meneruskan pentadbiran negeri dan bukannya memikirkan kedudukannya selepas pilihan raya.

“Saya tidak mengambil perkara itu sebagai satu habuan dalam sebuah perjalanan politik.

"Tidak guna berangan-angan kalau kita tidak dapat memenangi pilihan raya,” katanya dalam temu bual FMT.