JASIN: Peluang Barisan Nasional (BN) mengekalkan pentadbiran di Melaka dilihat cerah apabila rakyat negeri itu dikatakan menolak sebarang propaganda serta umpan tawaran pihak lawan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata berdasarkan maklumat diterima setakat ini, rakyat Melaka menolak propaganda pihak lawan dan tidak mudah dipengaruhi wang ringgit mahupun tawaran tertentu.

"Majoriti rakyat Melaka juga mahu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada, sekali gus memberikan petanda positif terhadap peluang BN pada pilihan raya berkenaan.

"Saya yakin sokongan rakyat akan diterjemahkan menerusi undi pada hari pengundian 14 November nanti," katanya selepas mengiringi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ke pusat penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, hari ini.