Moscow: Presiden Rusia Vladimir Putin memberi tumpuan kepada rundingan tiga pihak antara Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine dalam mesyuarat bersama anggota tetap Majlis Keselamatan Rusia serta anggota delegasi Rusia yang akan menyertai rundingan itu, lapor TASS.
"Rundingan tiga pihak mengenai isu Ukraine akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, pada Selasa," kata Putin, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita negara Rusia itu.
"Memandangkan rundingan dijadualkan berlangsung pada Selasa, saya telah mengundang rakan-rakan yang akan mengambil bahagian dalam rundingan berkenaan. Marilah kita membincangkan topik ini secara ringkas," katanya.
Antara yang diundang menghadiri mesyuarat itu selain anggota Majlis Keselamatan Rusia ialah Pembantu Presiden Vladimir Medinsky, yang akan mengetuai delegasi Rusia dalam rundingan berkenaan, serta Yury Ushakov.








